0
Posted on Tuesday, July 29, 2008 by nazno and filed under ,
 Anda mahukan Word Processor yang lebih "advanced" dari word processor yang digunakan untuk blog anda sekarang? Atau anda mahukan editor yang lebih baik sewaktu menulis posting blog anda? Mungkin anda telah biasa mendengar atau menggunakan Scribe Fire yang boleh digunakan untuk menulis dan memaparkan posting tanpa perlu log in ke laman blog anda.

Kini anda boleh menggunakan satu lagi online editor untuk menulis posting tanpa perlu masuk atau log in ke blog anda terlebih dahulu. WriteToMyBlog  editor yang agak advanced dan ada lebih banyak "feature" berbanding editor blog yang biasa.


Kelebihannya :

    * Menggunakan word processor yang terkini untuk menulis postingan dan menghantar terus ke blog anda.
    * Gaya bentuk tulisan yang terkini.
    * Mudah untuk memasukkan gambar dari Flikr.
    * Video dari YouTube juga mudah untuk dimasukkan.
    * Toolbar untuk word processor boleh di customised.
    * Boleh menambahkan kekotak atau jadual pada postingan.
    * Menggunakan AJAX spellchecker bagi memeriksa kesalahan ejaan (Bahasa Inggeris).
       Dan lain-lain lagi..

Dengan sedikit kelebihan yang ada pada WriteToMyBlog merupakan sesuatu yang berguna untuk blogger. Pada masa ini WriteToMyBlog boleh digunapakai untuk Blogger, TypePad, WordPress.com, WordPress dan Movable Type.

WriteToMyBlog adalah perkhidmatan word processor untuk blog secara percuma, tiada keahlian diperlukan dan boleh menghantar posting kebeberapa blog secara serentak juga ia mudah digunakan. Apa yang perlu anda buat adalah masuk ke WriteToMyBlog mulakan menulis posting dan hantar ke blog anda untuk di paparkan, itu sahaja.


WriteToMyBlog

Selamat mencuba....

Apa pendapat anda? Sila komen.. atau berlanggan terus melalui RSS feed!
0
Posted on Tuesday, July 29, 2008 by nazno and filed under ,
Google dah ada pesaing baru yang di beri nama CUIL (macamana nak sebut ni, cuil, ciuil, kuil atau kiul..) Cuil ni adalah hasil usaha beberapa bekas pekerja Google sendiri. Tetapi kalau kita lihat pada paras rupanya memang langsung tiada kena mengena dengan Google. Dengan latar belakang berwarna hitam dan kandungan yang sangat ringkas, memang ia sesuatu yang baru.

 


Hasil cariannya juga jauh berbeza, masih kelam kabut dan ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan. Tetapi memandangkan CUIL masih lagi baru mungkin perkara ini akan diperbaiki sedikit masa lagi. Dan mungkin hasil pengalaman bekerja dengan Google akan digunakan sepenuhnya bagi meningkatkan populariti CUIL.



Kita lihat samada CUIL akan dapat bersaing dengan taiko enjin carian yang lain pada masa hadapan...

Semua orang tahu.. bersaing dengan Google bukan sesuatu yang mudah..


Apa pendapat anda? Sila komen.. atau berlanggan terus melalui RSS feed!
0
Posted on Monday, July 28, 2008 by nazno and filed under ,
Akhirnya setelah dua hari mengadap PC, dapat juga aku menyiapkan template blog aku sendiri..
Template ni tak lah canggih tapi aku suka sebab ikut citarasa aku.. dan kandungan, widget, tools dan lain-lain nya aku dapatkan dari rakan-rakan blogger...

Terima kasih semua... 

Apa pendapat anda? Sila komen.. atau berlanggan terus melalui RSS feed!
0
Posted on Wednesday, July 23, 2008 by nazno and filed under
Korang nampak tak tulisan yang terbalik tu.. nampak macam menarik. Sebenarnya nak buat tak susah korang cuma perlu sedikit bantuan dari flip..



..dılɟ ıɹɐp uɐnʇuɐq ʇıʞıpǝs nlɹǝd ɐɯnɔ ƃuɐɹoʞ ɥɐsns ʞɐʇ ʇɐnq ʞɐu ɐʎuɹɐuǝqǝs ˙ʞıɹɐuǝɯ ɯɐɔɐɯ ʞɐdɯɐu ˙˙nʇ ʞılɐqɹǝʇ ƃuɐʎ uɐsılnʇ ʞɐʇ ʞɐdɯɐu ƃuɐɹoʞ



Perkhidmatan flip ini disediakan oleh http://www.revfad.com/flip.html



Semua teks dapat diterbalikkan dengan sempurna, tetapi malangnya jika korang menaip dengan huruf besar ia akan ditukar kehuruf kecil..





Selamat mencuba

Apa pendapat anda? Sila komen.. atau berlanggan terus melalui RSS feed!