0
Korang mahukan Google page rank yang yang baik. Salah satu cara adalah dengan meningkatkan backlink blog korang terutamanya apa yang Blogger biasa panggil sebagai 'link baiting'. Kalau blog korang masih baru korang perlu meningkatkan backlink blog korang. Ada banyak cara untuk meningkatkan pagerank korang samada dengan mendapatkan beribu backlink dari site dengan pagerank 0 atau dengan mendapatkan beberapa link dari site yang mempunyai page rank 5.
Cetak post ini
Apa pendapat anda? Sila komen.. atau berlanggan terus melalui RSS feed!
Korang mahukan Google page rank yang yang baik. Salah satu cara adalah dengan meningkatkan backlink blog korang terutamanya apa yang Blogger biasa panggil sebagai 'link baiting'. Kalau blog korang masih baru korang perlu meningkatkan backlink blog korang. Ada banyak cara untuk meningkatkan pagerank korang samada dengan mendapatkan beribu backlink dari site dengan pagerank 0 atau dengan mendapatkan beberapa link dari site yang mempunyai page rank 5.Di sini ada beberapa idea untuk meningkatkan backlink dari semua site tanpa mengira pagerak diorang:
- Komen, buat komen korang pada blog atau site terutamanya yang ada widget "Top Commentators" Kenapa? Sebab jika korang kerap beri komen pada site ini, nama dan blog korang akan tersenarai dalam top commentators blog atau site ini. Commentators widget ni biasanya dofollow backlink. Jadi biasakan diri memberi komen terutamanya pada blog atau site yang besar atau terkenal dan mempunyai pagerank yang baik. Dan satu lagi dengan memberi komen, korang akan dapat membina satu jalinan dengan blogger yang lain atau tuan rumah blog tersebut.
- Link Baiting, maksudnya mencipta satu produk yang ada link korang dan kemudian edarkan pada blogger yang lain untuk menggunakannya. Contohnya korang bina template yang ada link korang jadi jika lebih ramai yang menggunakan template korang maka lebih banyak backlink yang korang dapat. Dengan cara ini korang akan dapat backlink yang banyak dalam pada masa yang singkat.
- Satu lagi cara yang biasa digunakan oleh ahli Entrecard adalah dengan menaja atau mengadakan pertandingan. Kalau korang mengadakan pertandingan pada blog korang, minta blogger lain yang menyertai agar menuliskan tentang blog atau site korang atau tentang pertandingan tersebut pada blog mereka. Jadi sekarang para peserta akan menulis tentang blog korang pada blog mereka, ini akan mencipta sekurang-kurangnya 2 - 3 link. Jadi jika ramai yang menyertai maka lebih banyak backlink yang korang dapat dari blog mereka. Atau korang boleh menaja pertandingan yang diadakan pada blog lain, cara ini juga terbukti dapat mencipta backlink yang baik yang mana link blog korang tentunya akan terpapar sebagai link penaja (sponsor) dalam artikel pada blog tersebut.
Related Articles
Apa pendapat anda? Sila komen.. atau berlanggan terus melalui RSS feed!



Post a Comment